Tuesday, October 6, 2009

Antara keindahan besi...BESI KHURSANI

Hari ini terasa seronok kerana barang-barang yang dicari oleh para sahabat sudah selamat sampai di rumah. Barang-barang yang di order adalah seperti kayu tas (siap dikapit jantan betina), batu delima merekah, batu serai dan lain-lain lagi. Baru-baru ni sahabat saya dapat besi khursani jadi dia bertanya kepada saya seandainya ada orang yang mencari akan ia. Tetapi buat masa ni ada seorang rakan sudah mula merisik-risik berkenaan besi khursani ni. Di bawah ini saya akan sertakan gambar yang telah diberikan oleh sahabat saya. Tengoklah dan beleklah........

Ini salah satu jenis besi khursani kuning ia seakan warna keemasan. Sebelum ini saya hanya melihat yang bewarna kelabu atau lebih dikenali sebagai khursani putih.
Kedua-duanya mempunyai perbezaan yang terang perbezaannya adalah dari segi warna dan juga pendapat khasiat yang dijadikan keatasnya jua berbeza. Oh! baik juga saya sertakan gambar bagi khursani putih biar para sahabat saya dapat melihat.

Inilah ia contoh besi khursani putih yang telah dibuat tapaknya. Maaf ya para sahabat kerana gambarnya tidak berapa terang. gambar ini dirakamkan oleh sahabat saya. Antara khasiat dari pengalaman atau cerita orang bahawa batu ini dengan izin-NYA dapat melancarkan peredaran darah dan ada juga pendekar menggunakannya untuk tujuan-tujuan tertentu. Cuma bagi saya ini semua dengan izin ALLAH jadi bagi yang terasa perbezaan atau kesan ia semuanya dengan ketentuan ILLAHI. Bagi kepada sesiapa ingin mempunyai atau pencari bagi besi-besi ini bolehlah terus menelefon atau sms sahaja saya di talian +60197972705. Saya akan cuba sedaya upaya melayan setiap panggilan atau mesej yang dihantarkan dan jangan malu atau segan

Thursday, October 1, 2009

Terima kasih.....tidak terhingga....


Terima kasih kepada sahabat...tidak disangka kerana sudi memberi hadiah batu kepada hamba yang tidak tahu apa-apa tentang batu ini. Apapun berbanyak-banyak terima kasih yang hanya mampu diberikan. Tq Din 'ko budak lagi tapi dah pandai carik duit'

Batu Serai.....pelik....



Saya pun seakan tidak percaya berkenaan kewujudan batu serai ini kerana ia diambil dari serai yang berbunga. Ada seorang rakan saya mempunyai sepohon serai yang mempunyai bunga jadi apalagi si ibu rakan saya mencuba menarik serai itu tetapi malang ia tidak berhasil mengeluarkan apa-apa. Tetapi baru-baru ini sahabat saya ada menjual batu serai tanpa berlengah saya pun membelinya. Kata dari seorang sahabat ia memerlukan cara untuk membolehkan kita mencabut serai agar kita dapat milki batu-batu yang dibawahnya. Ini adalah salah satu contoh batu serai yang saya miliki.
Jika ada sesiapa yang ingin mendapatkan batu serai bolehlah menghubungi saya di talian +6019-7972705. Wallahu'lam

Buat YAng Menempah


Ini adalah salah satu saiz yang diberikan tontonan dari sahabat, cuba tengok yang lain. Keindahan batu-batu alam semulajadi membuatkan terpesona dengan keindahan yang dijadikan keatasnya.

Tertarik bagi insan-insan yang dapat menyelaminya bergantung kepada yang mengetahuinya. Ini delima dari Indonesia harganya sekitar rm 170 ke bawah.
Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya di talian +6019-7972705